Tunisia lancar program vaksin penduduk berusia lebih 40 tahun

Iklan
Penduduk Tunisia menunggu giliran mereka untuk menerima vaksin Covid-19 dekat bandar raya Tunis pada Ahad lalu. - Foto AFP

TUNIS - Tunisia pada Ahad melancarkan program vaksinasi Covid-19 untuk golongan berusia lebih 40 tahun selepas menerima lebih enam juta dos dari luar negara bagi membendung penularan Covid-19.

Kementerian Kesihatan negara itu menyatakan seramai 551,008 individu telah diberikan suntikan vaksinasi di lebih 300 pusat kesihatan di seluruh Tunisia.

Iklan
Iklan

Negara itu menerima lebih enam juta dos dari negara-negara Arab dan Barat dan sebahagian lagi vaksin Covid-19 akan tiba di Tunisia, kata Presidennya, Kais Saied pada Khamis lalu.

Beliau juga telah menubuhkan sebuah unit krisis Covid-19 yang dipantau oleh seorang pegawai tinggi tentera untuk membendung penularan pandemik tersebut di negara itu.

Iklan

Pihak berkuasa Tunisia merancang bagi membolehkan separuh daripada 12 juta penduduknya mendapat suntikan pertama Covid-19 menjelang pertengahan Oktober depan.

Varian Delta menyebabkan lebih 90 peratus kes Covid-19 di Tunisia yang pada Ahad lalu mencatatkan 2,546 kes baharu sekali gus meningkatkan jangkitan keseluruhan kepada 610,660 orang dan hampir 21,000 kematian.

Iklan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan baru-baru ini bahawa Tunisia yang mempunyai jumlah kematian teramai akibat Covid-19 perlu mempercapatkan lagi program vaksinasinya. - Agensi