Tiada PRK DUN Melor: SPR

Iklan
SPR memaklumkan tiada Piihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor untuk mengisi kekosongan luar jangka bagi kerusi tersebut.

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi mengisi kekosongan luar jangka Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, susulan penyandangnya Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia pada 30 April lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, di bawah Perkara 46(5) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, seandainya kekosongan luar jangka itu dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri akan terbubar, mengikut Fasal (3), maka tiada keperluan mengisi kekosongan itu melainkan Speaker secara bertulis memberitahu SPR sebaliknya.

"Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, Ikmalrudin berkata, berdasarkan Proklamasi Darurat 2021 yang berkuat kuasa pada 11 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 (PU(A)12), peruntukan Perlembagaan mana-mana negeri berhubungan pilihan raya bagi pemilihan DUN, tidak mempunyai kesan sepanjang tempoh darurat.

Md Yusnan, 53, meninggal dunia di rumahnya di Melor, Kelantan pada jam 2.28 pagi akibat serangan jantung.

Iklan

Beliau memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14. - Bernama