Ekonomi bersedia untuk pulih pada separuh kedua 2021

Iklan
Malaysia diramal berada dalam zon yang mana perniagaan akan meningkat dan lebih banyak sektor ekonomi dibuka. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aktiviti ekonomi tempatan dijangka pulih dan meningkat dengan lebih jauh pada separuh kedua 2021, walaupun ambang kekebalan kawanan daripada Covid-19 mungkin tidak dapat dicapai pada akhir tahun ini.

Ketua Pengagihan Kekayaan Runcit Manulife Investment Management (M) Bhd, Ng Chze How memberitahu Malaysia diramal akan berada dalam zon yang mana perniagaan akan meningkat dan lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula serta mencatatkan pemulihan yang lebih lanjut.

Iklan
Iklan

"Terdapat banyak kajian kes malah sekarang ini pun, saya berpendapat ramai pembuat dasar Malaysia tahu bahawa mereka perlu membuka semula lebih banyak sektor kerana kita perlu meneruskan kelangsungan walaupun dengan adanya, virus ini. Kita tidak mampu untuk meneruskan sekatan terlalu lama kerana ini akan menyebabkan ramai orang kehilangan sumber pendapatan mereka.

"Unjuran untuk separuh kedua ini terkait rapat dengan program dan kemajuan vaksinasi, saya yakin negara mampu meneruskan pemulihan ekonomi,” katanya baru-baru ini.

Iklan

Daripada segi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), eksport dan semua petunjuk ekonomi, beliau menjelaskan kesemua ini akan mencerminkan kenaikan menjelang separuh kedua tahun ini.

"Banyak pelabur sekarang ini menyasar kepada instrumen-instrumen dengan hasil yang lebih tinggi yang dapat memberikan lonjakan pendapatan memandangkan kadar simpanan tetap dengan sekitar 2.0 peratus keuntungan tidak mampu menangani inflasi.

Iklan

"Pasaran kita disokong oleh dasar monetari dan persekitaran kadar faedah yang lebih rendah (pada masa ini). Kadar pinjaman juga berada pada tahap yang sangat rendah, mungkin sekitar 3.5 peratus sekarang,” katanya lagi.

Chze How ketika mengulas mengenai kemajuan vaksinasi memberitahu negara sekarang sedang mempercepatkan program itu dan ini dapat melalui dilihat peningkatan proses vaksinasi di seluruh negara berikutan aliran bekalan vaksin yang stabil.

"Penjadualan vaksin kelihatan agak baik pada Julai dan kita sedang memasuki Ogos serta September. Jadi jangkaannya, sebelum akhir tahun ini iaitu pada suku keempat, kita berada dalam keadaan yang sangat baik daripada segi vaksinasi.

"Dengan unjuran ini beserta liputan dosis pertama dan kedua ke atas lebih banyak orang termasuk pemulihan dan pembukaan semula perniagaan, ada cahaya di hujung terowong," tambahnya. - Bernama