ARSENAL dinasihatkan untuk serius mendapatkan khidmat penyerang Chelsea, Tammy Abraham untuk memperkuatkan pasukan itu musim depan.
Bekas pemain Chelsea, Shaun Wright Phillips berkata, Abraham menjadi pemain tepat memandangkan jentera serangan The Gunners ketika ini agak tumpul.
"Namun, corak permainan Abraham ini sememangnya sedikit berlainan daripada corak Arsenal. Tetapi, saya tidak menyangkal betapa pentingnya Abraham untuk Arsenal.
"Ketika menyertai pasukan tertentu, anda mesti untuk cuba menyesuaikan diri dengan sistem pasukan itu. Mereka tidak akan mengubah sistem untuk anda.
"Tetapi, mereka (Arsenal) memerlukan seseorang untuk menjaringkan gol dan dalam keadaan masa yang sudah terlalu singkat, saya rasa Arsenal perlu terus menyambar Abraham," katanya.
Arsenal dilaporkan sedang menimbang kemungkinan untuk merekrut Abraham selepas penyerang berusia 23 tahun itu tidak tersenarai dalam perancangan Thomas Tuchel musim depan.
Abraham menjaringkan 12 gol dan enam bantuan gol dariapda 32 perlawanan musim lalu dengan purata gol dicetaknya iaitu satu gol dalam 127 minit.
"Saya lihat Arsenal ketika mereka bermain, mereka banyak mencipta peluang tetapi gagal jaringkan gol. Kemudian pasukan lawan melakukan serangan balas dan berjaya jaringkan gol.
"Sebab itu mereka perlukan penyerang baharu dan sudah tentu mereka akan menajdi pasukan yang berbeza," katanya.