Pemilik nombor telefon tawar 'Durian RM30' belum dikenal pasti

Iklan
SPRM memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan berhubung dakwaan beberapa ahli Parlimen DAP ditawarkan wang dan jawatan supaya menyokong kerajaan PN. Tangkap layar Twitter Kelvin Yii.
PUTRAJAYA - Identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej berhubung tawaran 'Durian RM30' kepada ahli Parlimen pembangkang masih belum dikenal pasti.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan bagaimanapun memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan berhubung dakwaan beberapa ahli Parlimen DAP ditawarkan wang dan jawatan oleh sesetengah pihak supaya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga ahli Parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut," kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Iklan
Iklan

SPRM berkata, pihaknya memandang serius tohmahan tersebut dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu itu.

Minggu lalu, dua ahli Parlimen pembangkang iaitu Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) dan Dr Kelvin Yii (Kuching) mendedahkan pihaknya mendapat tawaran tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.

Iklan

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Kelvin berkata, nilai ahli Parlimen dikira pada harga durian.

Tawaran kerajaan PN itu adalah untuk mengisi jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta Menteri Pengajian Tinggi, masing-masing ditinggalkan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Noraini Ahmad daripada UMNO.

Iklan