21 maut dalam kemalangan bas di barat Turki

Iklan
Sekurang-kurangnya 21 terbunuh dan 28 yang lain cedera dalam dua kemalangan jalan raya melibatkan bas penumpang di barat Turki pada Ahad. - Foto Agensi Anadolu

IZMIR / BALIKESIR (Turki) - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan 28 yang lain cedera dalam dua kemalangan jalan raya melibatkan bas penumpang di barat Turki pada Ahad.

Di wilayah Izmir, enam maut dan 11 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang hilang kawalan di daerah Kemalpasa, tulis Gabenor Izmir Yavuz Selim Kosger di Twitter.

Iklan
Iklan

Petugas kesihatan dan bomba Gendarmerie segera dikejarkan ke tempat kejadian, semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, dalam satu lagi nahas yang berlaku awal pagi, sebuah bas penumpang terbalik di wilayah Balikesir menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh.

Iklan

Bas malang itu dalam perjalanan ke daerah Edremit Balikesir dari wilayah Laut Hitam Zonguldak.

Seramai 11 orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala, dan empat yang lain di hospital.

Iklan

Gabenor Balikesir Hasan Sildak yang melawat mangsa di hospital berkata tiga daripada 17 mangsa yang cedera sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Siasatan mengenai punca nahas sedang dijalankan. - Bernama