Ahli Parlimen Rasah terima mesej 'PM kirim salam'

Iklan
Kandungan mesej antara ahli Parlimen Rasah dengan individu menyamar menggunakan gambar serta nama Datuk Seri Mohammad Nazri. Cha Kee Chin menunjukkan perbualan mereka sebelum nombor itu disekat.

SEREMBAN - Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin, terkejut apabila menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang menyamar menggunakan nama serta profile milik Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Kee Chin, pada 5 Ogos lalu kira-kira jam 4.24 petang, beliau menerima WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali dan bertanya khabar.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau tidak pernah menyimpan nombor telefon ahli Parlimen tersebut namun tetap melayan WhatsApp setelah melihat gambar serta nama di profil WhatsApp itu menunjukkan ahli Parlimen berkenaan.

"Pada awalnya kami berbual seperti biasa tetapi sebaik sahaja individu itu menulis ayat 'PM kirim salam, dia maklum dia faham keadaan Parlimen masing-masing, kalau free untuk bincang Parlimen Rasah, bila YB free', saya rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Iklan

"Saya terus mendapatkan pengesahan dengan pimpinan DAP dan kemudian mereka sahkan itu bukan nombor Mohammad Nazri.

Jadi saya mengambil keputusan untuk menyekat nombor tersebut," katanya ketika ditemui di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Rasah, dekat sini pada Isnin.

Iklan

Tambahnya, prinsip dan maruah tidak boleh dijual beli. Motif untuk mesej sebegini adalah jelas iaitu ingin menyelamatkan Perdana Menteri dalam pengundian di Parlimen nanti.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan bahawa Mohammad Nazri menafikan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada Ahli Parlimen Rasah serta tidak mengetahui mengenai perbuatan tersebut.

Menurut Kee Chin, selain beliau, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong turut menerima mesej yang sama melalui nombor telefon yang sama diterimanya.

"Saya tiada masa untuk membuat spekulasi dengan apa yang berlaku.

Tumpuan kini ialah membantu rakyat yang terkesan sejak pandemik Covid-19.

"Saya tidak berminat dengan semua itu, lebih baik saya jaga kawasan dan bantu rakyat yang terjejas berbanding memikirkan perkara ini," katanya.