IPOH - Remaja perempuan yang didakwa diculik ketika tinggal berseorangan di rumahnya di Ampang di sini pagi Ahad sudah ditemui semula dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja berusia 13 tahun itu pagi Ahad dan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut.