Polis rakam keterangan Tun M, Mukhriz

Iklan
Mukhriz Mahathir, Dr Mahathir

PUTRAJAYA - Polis merakam keterangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Mior Nor Haidir Suhaimi dan Muhammad Rafique Rashid Ali dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Mior berkata, keterangan Dr Mahathir dan Mukhriz direkodkan oleh empat pegawai polis Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman bermula jam 2.45 hingga 3.30 petang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

"Siasatan dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Iklan

Menurutnya, Dr Mahathir dan Mukhriz telah memberi kerjasama sepenuhnya semasa proses tersebut.

"Kedua-dua mereka menyatakan akan menjawab segala pertuduhan apabila hadir di mahkamah," katanya.

Iklan

Isnin lalu, Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes apabila tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen.

Perhimpunan turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.