30 lokaliti dikenakan PKPD bermula 11 Ogos

Iklan
PKPD dikuatkuasakan terhadap 30 lokaliti melibatkan negeri Sabah, Kelantan dan juga Perak bermula 11 Ogos hingga 24 Ogos ini. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan terhadap 30 lokaliti melibatkan negeri Sabah, Kelantan dan juga Perak bermula 11 Ogos hingga 24 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti di Sabah melibatkan PPR Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan, Tawau; Kem 2 Tolokoson, Tenom; Kampung Kota Tuaran, Tuaran dan Kampung Sarikan, Nabawan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Taman Sri Bayu, Tumpat, Kelantan dan Taman Meru 2B, Kinta, Perak juga turut dikenakan PKPD.

"Sebanyak 23 lokaliti Perkampungan Orang Asli dalam daerah Batang Padang, Perak melibatkan Kampung OA Sg Lah, Mukim Chendering; Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding, Mukim Bidor serta Kampung OA Menderang, Mukim Sungkai.

Iklan

"18 lagi lokaliti pula di Mukim Batang Padang melibatkan Kampung OA Batu 6, Kampung OA Batu 14, Kampung OA Batu 16, Kampung OA Batu 17, Kampung OA Batu 18 dan Kampung OA Batu 19.

"Kampung Kenderong, Kampung Sungai Rensa, Kampung Sungai Chendon, Kampung Sungai Odak, Kampung Ampangan, Kampung Pos Woh dan Kampung OA Batu 7 serta Batu 7 ½ juga dikenakan PKPD.

Iklan

"Turut terlibat, Kampung Sungai Bot Dalam, Kampung Sungai Bot Luar, Kampung Sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake.

"Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Sungai Klau dan Sungai Chalit, Raub, Pahang; Taman Kinarut Ria, Papar, Sabah; Tapak Bina IBN Highland, Genting Highlands, Bentong, Pahang berkuatkuasa dari 11 Ogos sehingga 24 Ogos.

Sementara itu, beliau menjelaskan, PKPD di Kampung Mananam, Tongod, Sabah ditamatkan pada 9 Ogos seperti yang dijadualkan.

Jelas beliau, 17 kawasan Pahang, Kelantan, Johor dan Sabah ditamatkan pada 10 Ogos seperti yang dijadualkan.

"Lokaliti itu ialah Kampung Pagar Batu 6, Penjom, Lipis, Pahang; Kampung Kauran, Keningau; Kampung Patikang Ulu; Kilang, Kuarters Focus Lumber; Kilang, Kuarters Veracity; Kilang, Kuarters Hasil Jadi; Pusat Memandu IDA dan Penempatan Warga Indonesia, Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah.

"Turut sama, Perumahan Ladang Pontian Kuril, Kinabatangan; Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih Sipitang, Sipitang.

Tambah Hishammuddin, Kampung Tawadakan, Kota Belud; Kampung Madsiang, Penampang; Kampung Telaga Tujoh, Labok, Machang, Kelantan dan FELDA Maokil, Muar, Johor juga ditamatkan PKPD.