SHAH ALAM - Sebanyak 38 premis terdiri daripada sektor perkilangan dan premis perniagaan diarah tutup pada Ahad kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.
Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut diambil selepas kerajaan melaksanakan 82,534 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,153 orang.
Iklan
Iklan
"Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,806 buah kilang, 14,016 premis perniagaan, 650 tapak pembinaan dan 179 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Hishammuddin memaklumkan, seramai 281 individu dikompaun kerana ingkar SOP manakala 25 individu lagi direman atas kesalahan melanggar SOP.
Katanya, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan pada Ahad telah membuat tangkapan terhadap 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tujuh buah kenderaan darat.
Artikel Berkaitan