Niaga hadapan emas ditutup tidak berubah

Iklan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tidak berubah pada Isnin walaupun penurunan mendadak harga niaga hadapan emas Comex AS disebabkan dolar AS yang lebih kukuh.

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tidak berubah pada Isnin walaupun penurunan mendadak harga niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS) disebabkan dolar AS yang lebih kukuh, kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lee Pei Wan.

"Pasaran buruh AS pulih lebih cepat daripada yang dijangkakan yang seterusnya melonjakkan dolar.

Iklan
Iklan

"Dolar AS yang kukuh menjadikan jongkong dalam nilai dolar AS sangat mahal bagi pelabur mata wang lain yang akan menjejaskan permintaan emas," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2021, September 2021, Oktober 2021 dan November 2021 berada pada RM255.00 segram.

Iklan

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka berjumlah lima kontrak.

Pada jam 5 petang, harga emas fizikal turun RM6.28 kepada RM229.75 segram daripada RM236.03 segram ketika ditutup Jumaat. - Bernama

Iklan