Pemandu treler cedera langgar jentera bomba

Iklan
Keadaan selepas kemalangan.

KLANG - Seorang lelaki cedera selepas treler dipandunya melanggar belakang sebuah jentera bomba dalam kejadian di Jambatan Jalan Kem menghala Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini, pada petang Isnin.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 4.40 petang dan tiba di lokasi kejadian sekitar 5.12 petang.

Iklan
Iklan

"Sewaktu kejadian, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja tersebut dalam perjalanan pulang selepas memadam kebakaran membabitkan sebuah lori,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurutnya, pemandu treler berusia 31 tahun itu berjaya dikeluarkan dan hanya cedera di paha kanan.

Iklan
Iklan