BATU PAHAT - Polis sedang menyiasat satu gambar memaparkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) yang dipasang secara terbalik, yang tular di media sosial, dipercayai berlaku di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan gambar berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi, dipercayai dipasang di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Penggaram, di sini.