Kecederaan tonggak jejas rentak Sabah

Iklan
Antara aksi menarik pertemuan Sabah FC mementang JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Ahad.

KETUA Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berharap dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada baki empat perlawanan terakhir Liga Super musim ini dalam usaha menamatkan saingan musim ini pada kedudukan terbaik.

Justeru menurut Kurniawan, dia berharap agar pemain-pemain yang mengalami kecederaan ketika ini dapat segara sembuh agar dapat membantu skuad The Rhinos itu bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Iklan
Iklan

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak menurunkan skuad penuh di mana beberapa pemain kami masih lagi mengalami kecederaan dan kami menurunkan pemain seadanya.

"Oleh itu, kami akan memanfaatkan tempoh rehat sehingga perlawanan seterusnya nanti bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan pasukan,” katanya.

Iklan

Pada Ahad, Sabah FC tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim menerusi jaringan penyerang import skuad Harimau Selatan itu, Bergson da Silva pada minit ke-19 dan minit-21.

Untuk rekod, Sabah kini berada pada kedudukan ketujuh Liga Super dengan 19 mata hasil 18 perlawanan.

Iklan

Sementara itu, Kurniawan enggan mengulas mengenai jaringan Bergson pada minit ke-21 yang dikatakan tidak sah kerana ofsaid.

Katanya, keputusan telah pun ditentukan oleh pengadil dan tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi bagi mengubahnya.

"Saya harap perkara ini dijadikan pengajaran kepada pasukan saya, kerana selagi wisel tidak ditiup oleh pengadil bermakna perlawanan masih berlangsung (berjalan),” katanya.