'Sedih lihat van jenazah setiap hari'

Iklan
Penduduk Kondominium Masreca19, Cyberjaya sedih melihat van jenazah yang melalui kawasan tempat tinggal mereka selain menyaksikan proses pengebumian jenazah Covid-19 dari rumah mereka setiap hari.

SEPANG - Penduduk di Kondominium Masreca19, Cyberjaya meluahkan rasa sedih apabila melihat sekurang-kurangnya 12 van jenazah didakwa membawa jenazah Covid-19 memasuki Tanah Perkuburan Cyber 10, di sini yang terletak berhadapan kediaman mereka.

Tinjauan Sinar Harian pada Isnin mendapati, van jenazah yang didakwa membawa jenazah Covid-19 itu memasuki tanah perkuburan sekitar jam 1.20 petang.

Iklan
Iklan

Tinjauan juga mendapati hanya dua orang waris jenazah dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut, manakala ahli keluarga lain hanya menunggu di luar pagar tanah perkuburan.

Salah seorang penduduk, Faizulia Shahari, 41, berkata, dia berasa insaf setelah melihat sendiri hampir 12 jenazah Covid-19 dikebumikan setiap hari di tanah perkuburan di hadapan rumahnya.

Faizulia

Iklan

Dia yang tinggal di kondominium tersebut sejak empat tahun lalu sering memuat naik video kemasukan van jenazah dalam media sosial untuk memberi ingatan kepada orang lain tentang bahaya Covid-19.

"Rumah saya di tingkat tiga menghadap tanah perkuburan, jadi saya boleh lihat dengan jelas prosedur pengebumian dijalankan.

Iklan

"Pada saya, peluang untuk melihat pengebumian jenazah Covid-19 adalah saat yang sukar didapatkan oleh orang lain selain daripada petugas yang menguruskan jenazah," katanya.

Seorang lagi penduduk, Jayaletccumi Duraisingam, 38, berkata, ini merupakan kali pertama dia melihat proses pengebumian jenazah Covid-19 dari rumahnya di tingkat sembilan.

Jayaletccumi

"Sudah lebih seminggu saya lihat van jenazah memasuki tanah perkuburan di sini dan bila saya nampak ada lvan yang membawa jenazah, saya rasa sayu.

"Pada awalnya memang sukar untuk saya terima kenyataan setelah melihat banyak jenazah Covid-19 dikebumikan, tapi lepas beberapa hari saya mula sedar bahawa Covid-19 adalah benar," katanya.

Nor Syafira Ainoor, 28, yang juga seorang peniaga pula berkata, dia sedih melihat van jenazah yang sering lalu-lalang di hadapan kedainya setiap hari.

Nor Syafira Ainoor

Katanya,, hatinya bertambah pilu setelah mendapat tahu salah seorang pelanggannya yang meninggal akibat Covid-19 dikebumikan di sini baru-baru ini.

"Saya doakan proses pengebumian berjalan lancar kerana kasihan melihat anggota barisan hadapan yang meredah cuaca hujan dan panas terik demi menguruskan jenazah Covid-19," katanya.