Lebih 4.3 juta terkorban akibat Covid-19 seluruh dunia

Iklan
Petugas kesihatan yang lengkap memakai PPE bersama-sama semasa membantu melancarkan dan menguruskan seramai 15 jenazah pesakit Covid-19 yang dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dikebumikan secara serentak di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang pada Isnin. - Foto Bernama

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.3 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 617,000 kes.

Iklan
Iklan

Ini diikuti Brazil dengan lebih 563,000 kes, India lebih 428,000 kes, Mexico lebih 244,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Iklan

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 82,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 108,000 kes.

Iklan

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 29,000 diikuti Malaysia lebih 10,000.

Manakala Thailand mencatat lebih 6,000 angka korban. - Awani