Alunan Resort Pulau Perhentian

Iklan

Alunan Resort di Pulau Perhentian. Kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri kepada individu yang lengkap dua dos vaksinasi Covid-19 di negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan perkembangan baik untuk memulihkan kembali industri pelancongan Terengganu terutama di pulau-pulau peranginan.

Bagi pemilik resort berkenaan Sany Ismail, beliau berkata meskipun individu yang telah lengkap divaksin hanya diberi kebenaran merentas daerah namun pihaknya percaya kelonggaran yang diberikan itu adalah ‘pembuka jalan’ supaya aktiviti merentas negeri bakal dibenarkan kepada golongan tersebut tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau rakan kongsinya Chan Shu Sam serta beberapa pemilik resort di pulau tersebut bercadang hanya akan memulakan operasi resort mereka pada hujung bulan ini walaupun kelonggaran aktiviti pelancongan tersebut diberikan bermula hari ini. - Foto Bernama