ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 10 penumpang bas mini maut apabila kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah trak di lebuh raya di timur Pakistan pada Ahad.
Kebakaran tercetus akibat kebocoran gas dan litar pintas pada bas mini tersebut menyebabkan ramai mangsa gagal menyelamatkan diri dan terbunuh dalam nahas itu.