Pemerdagangan manusia: Kertas siasatan babit pelawak hampir siap

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 3 Ogos lalu

KUALA PILAH - [DIKEMAS KINI] Kertas siasatan terhadap seorang pelawak lelaki yang dipercayai terlibat dalam pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks hampir lengkap.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya akan merujuk kertas siasatan itu kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada pada Rabu untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Ada beberapa saksi dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelawak lelaki berumur 40-an ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dalam satu sekatan jalan raya di sekitar negeri ini

Iklan

Bagamanapun, dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Susulan penahanan itu, polis menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dekat sini dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Iklan

Sementara itu, pada Isnin, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, seorang lagi lelaki berumur lingkungan 30-an ditahan di Pulau Pinang pada kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Pelawak ditahan kes pemerdagangan manusia

Seorang lagi ditahan kes pemerdagangan manusia