WELLINGTON - New Zealand pada Selasa melaporkan tiga kes baharu Covid-19 membabitkan kes import dan tiada kes penularan tempatan dilaporkan.
Tiga kes import itu melibatkan mereka yang pulang dari Singapura serta Australia dan masih menjalani kuarantin di Auckland, menurut Agensi Berita Xinhua memetik Kementerian Kesihatan.