MOSCOW - RUSIA. Rusia melancarkan roket pembawa kelas ringan Rokot dari pusat angkasa lepas Plesetsk dan berjaya menempatkan tiga satelit tentera dalam orbit pada awal pagi Jumaat, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia.
Kenyataan itu menyebut roket tersebut berlepas dari kosmodrom negara Plesetsk di Wilayah Arkhangelsk pada pukul 5.27 pagi waktu Moscow (0227 GMT).
Ini merupakan kali kedua Rokot dilancarkan dari Plesetsk tahun ini, dengan yang pertama pada April. - Bernama