Pemangku Ketua AMK Cabang Gombak letak jawatan

Iklan
Bendera PKR

KUALA LUMPUR - Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Gombak, Arie Yudhistira Ishaq Arifin Fadli mengumumkan melepaskan jawatannya serta-merta pada Selasa.

Arie Yudhistira berkata, beliau mengambil keputusan tersebut kerana komitmen peribadinya terhadap keluarga selain mengambil kira cabaran semakin dahsyat dalam kancah politik semasa yang hampir dengan Pilihan Raya Umum (PRU).

Iklan
Iklan

"Dengan ini saya tidak mampu menggalas jawatan tersebut serta ingin memberi peluang tersebut kepada individu layak untuk mengambil alih tanggungjawab tersebut," katanya dalam surat peletakan jawatan kepada Setiausaha PKR Cabang Gombak yang turut diedarkan dalam aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Arie Yudhistira sehubungan itu berkata, semua jawatan lantikan di bawah kepimpinannya sebelum ini secara automatik juga tergugur.

Iklan

"Oleh demikian, saya serahkan undian jawatan Ketua Angkatan Muda kepada ahli jawatankuasa yang sah untuk memilih Ketua Angkatan Muda yang baharu mengikut Peraturan Tetap Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Fasal 15.12.

"Di kesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas nasihat dan tunjuk ajar selama saya memangku jawatan tersebut," ujar beliau.

Iklan

Sementara itu, Sinar Harian setakat ini masih gagal menghubungi AMK Cabang Gombak bagi mendapat pengesahan mengenai surat peletakan jawatan tersebut.