Zulkifli perjelas isu pemberian vaksin kepada bukan Islam

Iklan
Ciapan Zulkifli menerusi Twitter beliau pada Selasa.

SHAH ALAM -"Tidak ada orang bukan Muslim dinafikan hak untuk mendapat vaksin," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan berhubung pemberian vaksin kepada orang bukan Islam di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak yang dilancarkan MAIWP pada Rabu hingga 12 September ini bukan hanya memfokuskan kepada golongan asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas, malah turut terbuka kepada orang bukan Islam.

"Jika dilihat dalam gambar, bukan Islam lebih ramai.

Iklan

Ini yang sebenarnya berlaku di sesetengah masa (biasanya sebelah petang) sepanjang 4 Ogos hingga 12 September.

Tidak ada bukan Muslim yang dinafikan hak untuk mendapat vaksinasi.

Iklan

"Sebelah pagi, MAIWP memfokuskan proses vaksinasi kepada Muslim yang telah mendaftar dengan MySejahtera melalui MAIWP, manakala sebelah petang, ia dibuka juga untuk orang awam.

"Alhamdulillah, ramai bukan Muslim mendapat manfaat daripada usaha MAIWP,” ciapnya menerusi Twitter beliau pada Selasa sambil berkongsikan beberapa keping gambar suasana di sekitar PPV seliaan MAIWP.

Ciapan beliau itu juga dimuat naik bagi membalas persoalan dibangkitkan pelawak, Harith Iskander berhubung individu beragama Islam sahaja dipelawa untuk menerima suntikan vaksin di pusat berkenaan.

Sebelum ini, MAIWP dalam satu ciapan Twitter memaklumkan, penduduk beragama Islam di Setiawangsa dan Wangsa Maju dipelawa untuk hadir ke Dewan Serbaguna Air Panas, Setiawangsa untuk mendapatkan vaksin secara percuma.

Bagaimanapun, notis tersebut dipadam tidak lama kemudian.

Sehubungan itu, Zulkifli menjelaskan, ciapan itu hanya untuk menguar-uarkan kepada penerima dan pembayar zakat mengenai khidmat vaksinasi disediakan memandangkan bilangan orang Islam yang mendaftar masih tidak mencapai sasaran.

"Saya amat menghargai jika kita dapat mempromosikan inisiatif MAIWP ini terutama untuk asnaf, OKU, warga emas di sekitar kawasan ditetapkan.

"Masih ada yang tidak mendaftar dengan MySejahtera, bahkan tidak tahu apa itu MySejahtera. Kadar vaksinasi perlu dipertingkatkan,” ujar beliau.