SINGAPURA - Tanpa perlu janji temu, bermula Selasa penduduk Singapura boleh mendapatkan suntikan masing-masing di 26 pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech (Comirnaty).
Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu bagi mempermudah rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang berusia 12 tahun ke atas untuk mendapatkan dos vaksin mereka.