Sultan Johor kecewa berlaku perebutan kuasa ketika rakyat susah

Iklan
Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan baginda dengan sikap segelintir pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa ketika negara berdepan ancaman wabak Covid-19.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Sultan Iskandar pada Selasa, baginda bertitah rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berdepan Covid-19 yang membimbangkan.

Iklan
Iklan

"Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini (Rabu), saya menyeru kepada semua pemimpin Islam terutama pemimpin bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah SWT dan Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

"Oleh itu, semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air," titah baginda.

Iklan

Sultan Ibrahim turut mengingatkan bahawa ketika ini merupakan masa untuk membantu rakyat bukan berebut kuasa dan kedudukan.

Iklan