KUCHING - Terdapat tujuh kluster komuniti baharu Covid-19 di Sarawak pada Selasa dengan empat daripadanya di Kuching dan masing-masing satu di Kabong, Saratok dan Lundu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan pada Selasa berkata, kluster baharu yang dikesan di daerah Kuching terdiri daripada Kluster Kampung Jaya Bakti dengan 15 kes positif, Kluster Kampung Tanjong Bako (27 kes positif), Kluster Lorong Cahaya Damai (54 kes positif) dan Kluster Braang Payang (23 kes positif).