Bersih 2.0 lancar Kempen Ketuanan Pengundi

Iklan
BERSIH 2.0

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan melancarkan Kempen Ketuanan Pengundi pada 15 September ini sempena Hari Demokrasi Antarabangsa bagi mengembalikan semula kuasa kepada rakyat.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan berkata, kempen tersebut akan berjalan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan sasaran agar cadangan polisi diterima oleh rakyat, seterusnya diangkat oleh parti-parti politik dalam manifesto pilihan raya mereka.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Bersih 2.0 mengusulkan enam tuntutan yang perlu diangkat dan disokong semua parti politik untuk menjadikan demokrasi Malaysia lebih matang dan parti politik bersaing secara sama rata serta sihat.

"Enam tuntutan tersebut ialah jangan menafikan undi kami, hentikan lompat parti, pastikan Parlimen berfungsi, hak rakyat untuk membantah, tolak dua darjat dan beri pembayar cukai bersuara.

Iklan

"Sudah tiba masanya kita mengembalikan demokrasi negara dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

"Rakyat secara keseluruhan perlu menjadi tuan. Kita perlu berhijrah daripada ketuanan kaum kepada #KetuananPengundi," kata kenyataan tersebut pada Selasa.

Iklan

Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, sehingga hari pelancaran kempen berkenaan, pihaknya akan menjalankan beberapa siri kempen di platform media sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook dan pelbagai portal berita dengan tema serta tanda pagar #KetuananPengundi.