Buka semula ekonomi berdasarkan kadar vaksinasi syarikat: FMM

Iklan
FMM meminta kerajaan membuka semua sektor ekonomi dengan segera berdasarkan kadar vaksinasi syarikat dengan pematuhan ketat terhadap SOP.Gambar hiasan. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan untuk membuka semua sektor ekonomi dengan segera berdasarkan kadar vaksinasi syarikat dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan pekerja menajalani ujian saringan Covid-19 secara berkala.

FMM berpendapat jika ia tidak dilakukan lebih banyak perniagaan akan gulung tikar dan memberi kesan buruk terhadap ekonomi serta risiko mengalami kemelesetan dengan tempoh pemulihan akan mengambil masa yang lama.

Iklan
Iklan

"Pihak industri sangat bimbang dengan penutupan operasi sektor bukan penting yang berpanjangan ini yang berlangsung hampir tiga bulan.

"Walaupun FMM mengambil maklum dan menyambut baik kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, kami mahu kelonggaran yang sama terhadap sektor peniagaan yang sangat memerlukannya bagi memastikan kelangsungan perniagaan berikutan penutupan perniagaan yang berlarutan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Iklan

FMM berkata, ia telah terbukti di peringkat global bahawa pelaksanaan vaksinasi yang pantas adalah penyelesaian bagi pembukaan semula ekonomi tanpa mengira ancaman penularan semula varian baharu virus tersebut.

Justeru, susulan daripada peningkatan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah penting bagi kerajaan supaya tidak menghapuskan pengasingan sektor penting dan sektor tidak penting kerana operasi perniagaan saling berkait rapat apabila sektor penting memerlukan sokongan daripada sektor penting untuk perkhidmatan kritikal dan lain-lain.

Iklan

"Banyak usaha, masa dan sumber kewangan telah digunakan oleh majikan untuk meningkatkan vaksinasi di perusahaan mereka kerana mereka menyedari bahawa itu adalah satu-satunya jalan untuk kembali normal dalam operasi dan kemampanan perniagaan mereka," katanya. - Bernama