Chelsea buru Piala Super UEFA

Iklan
Foto Reuters

CHELSEA berazam memulakan musim baharu dengan menjulang trofi sulung apabila berdepan juara Liga Europa, Villarreal dalam saingan Piala Super UEFA di Belfast awal pagi Khamis ini.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel berkata, The Blues harus bermula dengan langkah kanan ketika memulakan saingan musim baharu 2021/2022 bagi menambah keyakinan mereka.

Iklan
Iklan

Malah, Tuchel yang berjaya memacu Chelsea muncul juara Liga Juara-Juara sudah menanam tekad mencabar Manchester City dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Kami mahu menang, kami mahu bertanding dan sudah tentu mahu berjaya. Ini adalah karakter sebenar Chelsea sejak saya membimbing kelab itu pada Januari lalu.

Iklan

"Kami akan cuba bersaing untuk setiap gelaran tetapi saya fikir ia langkah besar jika kami dapat mengekalkan kualiti sama, sikap dan usaha yang ditunjukkan musim lalu,” katanya.

Timo Werner dan Kai Havertz dijangka mengetuai jentera serangan Chelsea dan ia peluang terbaik mereka memperbaiki prestasi kurang menyerlah musim lalu.

Iklan