CELCOM Axiata Berhad (Celcom) telah bekerjasama dengan beberapa rakan teknologi dalam ekosistemnya bagi menawarkan perisian dan penyelesaian inovatif yang mampu dimiliki oleh usahawan dalam memastikan kemampanan perniagaannya.
Celcom bersama-sama Microsoft Malaysia, Moduleight Technologies Sdn Bhd, Payroll Panda Sdn Bhd, Zimperium dan Vigilant Asia (M) Sdn Bhd amat memahami cabaran dari segi kewangan yang dihadapi PKS dalam tempoh mencabar ini.
Untuk membantu mereka menghadapi pandemik, Celcom akan mengecualikan caj langganan selama tiga bulan pertama untuk melanggan Celcom Business Suite iaitu kit digital inovatif untuk PKS.
Selain itu, PKS akan menikmati penjimatan sebanyak 30 peratus selama setahun melalui Geran Padanan Digitalisasi Perniagaan PKS, yang diperkenalkan kerajaan melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana).
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, Celcom dan rakan teknologi dalam ekosistemnya komited untuk menyokong transformasi digital PKS dan PKS mikro bagi membolehkan mereka mengukuhkan perniagaan.
"Transformasi digital hari ini merupakan faktor penting dalam keutuhan perniagaan. Celcom bersama rakan kami ingin menggalakkan perniagaan walaupun sekecil PKS mikro unyuk menggunakan alat dan penyelesaian digital yang terbaik.
"Kami mengambil peduli akan impak pandemik kepada perniagaan dan mengecualikan caj selama tiga bulan pertama bagi langganan kit digital yang inovatif dari kami. Kami berharap ia dapat membantu mereka meringankan beban kewangan dan dalam masa yang sama dapat meneruskan perjalanan transformasi digital mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Idham berkata, Celcom Business Suite kini ditambah baik dengan Celcom Business Suite Productivity Pack yang mana pengusaha boleh terus menguruskan operasi perniagaan mereka dengan lancar hanya pada RM58 sebulan.
"Celcom Business Suite Productivity Pack menawarkan internet mudah alih Celcom InternetGO dengan kuota 15GB, aplikasi Microsoft Office 365 Business Basic dan kuota tanpa had untuk Microsoft Teams, Google Meet, Zoom dan Webex.
"Celcom Business Suite Booster Pack yang baharu enables membolehkan PKS untuk menjalankan operasi secara digital dengan penyelesaian inovatif seperti Mesinkira Basic, sistem pengurusan jualan Point of Sales (POS) tanpa sentuh yang berupaya menguruskan inventori, rekod transaksi dan boleh berintegrasi dengan perkhidmatan pembayaran digital seperti e-dompet, kad debit dan kredit,” katanya.
Beliau berkata, Booster Pack boleh dilanggan pada RM227 sebulan, dan turut menyediakan Celcom Business Wireless dengan kuota 150GB data, serta perkhidmatan Enterprise Bulk Messaging yang membolehkan PKS mencapai pasaran yang meluas melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Tawaran bagi tiga bulan langganan percuma bagi Celcom Business Suite dibuka sehingga 22 Oktober 2021 dan pelanggan Celcom Business Suite yang sedia ada juga boleh menikmati faedah ini dengan memilih untuk bertukar ke pelan terbaharu ini serta menikmati penjimatan 30 peratus melalui geran digitalisasi Penjana.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan penyelesaian Celcom Business Suite, layari https://business.celcom.com.my/sme/business-suite