Semarak Jalur Gemilang

Iklan
Jalur Gemilang berkibar megah menghiasi bangunan Hentian Bas Terminal One Seremban bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, ketika tinjauan di Seremban, hari ini.

Malaysia Prihatin kekal sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang membawa maksud 'Malaysia' iaitu rakyat negara ini berganding bahu memerangi pandemik Covid-19 manakala 'Prihatin' mewakili kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui insiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). - Foto Bernama