Tindakan tegas individu lari dari kawasan PKPD: Polis Sabah

Iklan
Gambar yang tular menunjukkan banyak kenderaan dipercayai keluar dari salah sebuah kawasan PKPD di Kota Kinabalu dan kawasan yang dikenakan PKPD lengang dipercayai penduduk sudah melarikan diri dari kawasan terbabit.

KOTA BELUD - Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) termasuk melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, orang ramai yang berada di lokaliti PKPD harus mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha kerajaan melandaikan kes Covid-19 di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap orang ramai tidak keluar melarikan diri dari kawasan yang dikenakan PKPD.

"Ini bagi mengelak daripada tersebarnya wabak ke kawasan lain dan seterusnya akan menyebabkan lokaliti PKPD bertambah dari hari ke hari," katanya kepada pemberita selepas hadir Program Op Bantu Fasa 3 peringkat IPD Kota Belud pada Selasa.

Iklan

Mazli bertanya khabar penduduk ketika hadir Program Op Bantu Fasa 3 peringkat IPD Kota Belud pada Selasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung tular satu gambar yang didakwa keadaan orang ramai keluar dari salah sebuah penempatan PKPD di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Iklan

Mazli berkata, tindakan itu akan menyukarkan pihak kerajaan untuk melandaikan lekuk jangkitan kes Covid-19 di negeri ini.

"Jika didapati ada yang melanggar SOP atau arahan di kawasan PKPD, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas berhubung keistimewaan yang diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin kepada penerima dos lengkap Covid-19, Mazli turut menasihatkan supaya orang ramai tetap mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Walaupun orang ramai telah mendapat dua dos vaksin, namun kita nasihatkan supaya terus patuhi SOP kerana wabak ini masih lagi ada ada dan kita perlu berhati-hati kerana ada dua dos lengkap pun tidak bererti kita tidak dijangkiti oleh wabak ini," katanya.