Korban kebakaran hutan di Algeria meningkat

Iklan
Kebakaran tercetus di beberapa wilayah akibat gelombang haba, panas terik dan angin kencang. Foto Reuters

ALGIERS - Angka kematian akibat kebakaran hutan yang melanda timur ibu negara Algeria meningkat kepada 42 orang, termasuk 25 tentera, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kebakaran tercetus di beberapa wilayah akibat gelombang haba, panas terik dan angin kencang.

Iklan
Iklan

Pada Selasa, Presiden Abdelmadjid Tebboune berkata, 25 anggota tentera terkorban ketika operasi menyelamat lebih 100 mangsa kebakaran di pergunungan Bejaia dan Tizi Ouzou.

"Dengan penuh kesedihan dan dukacita, saya menerima berita 25 anggota tentera telah terkorban,” tulis Tebboune di akaun Twitternya.

Iklan

Takziah kepada kepada keluarga mangsa, katanya.

Jabatan Perlindungan Awam Algeria melaporkan sekurang-kurangnya tujuh maut dan beberapa lagi cedera dalam kejadian kebakaran yang merebak ke 36 bahagian di 18 wilayah.

Iklan

Menurut laporan, 19 kebakaran berpunca daripada Tizi Ouzou, dan selebihnya di wilayah timur, bahagian tengah negara itu. -Bernama