JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, semua pihak tidak perlu mengurniakan sebarang persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor yang ke-62 pada 14 Ogos ini.
Sebaliknya, baginda bertitah adalah lebih bermakna kepada Sultan Johor jika mereka yang berniat demikian menyalurkan sumbangan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras memerangi pandemik Covid-19, terutamanya kakitangan perubatan.