Segera vaksin pekerja sektor pelancongan

Iklan
Kerajaan Negeri Sembilan berbincang dengan pengiat industri pelancongan agar dos kedua suntikan vaksin Covid-19 melibatkan pekerja sektor itu disegerakan sebelum beralih ke Fasa Kedua PPN. Gambar kecil: Aminuddin

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan sedang berbincang dengan pengiat industri pelancongan agar dos kedua suntikan vaksin Covid-19 melibatkan pekerja sektor itu disegerakan sebelum beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ketika ini hampir 90 peratus pekerja sektor pelancongan di negeri ini telah menerima vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Iklan
Iklan

"Ia sebagai persediaan apabila kita sudah beralih ke fasa dua nanti dan boleh menerima pelancong tempatan ataupun domestik.

"Saya juga difahamkan bahawa sektor pelancongan ini sudah mula menjual produk dan pakej percutian masing-masing," katanya pada sidang akhbar secara dalam talian selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kerajaan Negeri Sembilan pada Rabu turut mengumumkan penambahan pengecualian bayaran sewa gerai, pasar dan kediaman di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini mengumumkan pengecualian sewa gerai dan pasar untuk bulan Januari, Februari dan Jun tahun ini serta bersetuju menambah pengecualian untuk sebulan lagi iaitu bulan Julai.

Iklan

"Pengecualian sewa selama empat bulan ini membabitkan 6,115 penyewa dengan kos keseluruhan RM2.187 juta," katanya.

Aminuddin turut mengumumkan penambahan pengecualian sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Negeri Sembilan sehingga September yang sebelum ini pengecualian bayaran hanya dibuat selama tiga bulan dari Jun hingga Ogos.

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kesulitan yang dihadapi penyewa dalam tempoh pendemik ini dan secara keseluruhannya pengecualian sewa rumah ini melibatkan seramai 3,121 penyewa dengan jumlah kos sebanyak RM1,610,400," katanya.