Penganggur dijel empat tahun kerana khianat guna api

Iklan
Tertuduh dihukum empat tahun penjara selepas mengaku salah lakukan khianat dengan api di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur dihukum empat tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas kesalahan melakukan khianat dengan membakar sofa, meja, pakaian milik ibu dan kakaknya pada 31 Julai lalu.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan tertuduh, Ahmad Riduan Mamat, 39, menjalani hukuman berkenaan bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api dengan membakar sofa, meja dan pakaian milik Rohaida Mamat, 41, yang bernilai keseluruhan RM200, pada jam 3 petang, di rumah ibunya di Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Nerus pada 31 Julai lalu.

Tertuduh yang memiliki rekod penyalahgunaan dadah sebelum ini didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu berada di rumah ibunya (di lokasi) untuk melihat keadaan rumah yang ditinggalkan kepada tertuduh.

Iklan

Semasa berada di rumah tersebut, pengadu mendapati terdapat kesan terbakar pada sofa di hadapan rumah manakala di dalam rumah pula terdapat kesan kebakaran kertas dan ranting-ranting kayu di ruang tamu.Kesemua barang berkenaan milik pengadu dan ibunya.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus dan tertuduh ditahan pada 1 Ogos lalu, kira-kira jam 12.05 tengah hari di tepi jalan Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Nerus.

Siasatan lanjut tertuduh mengaku melakukan kesalahan khianat dengan membakar semua barang berkenaan menggunakan pemetik api.