PUTRAJAYA - Rasa 'terasing' dan gelisah melihat kekuatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini mendorong Pas untuk terus mendakwa wujud rancangan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Pas yang dulunya pernah menolak untuk bersama PH, kini risau dengan kekuatan pakatan tersebut selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.