Vietnam mulakan ujian klinikal fasa dua vaksin Covivac

Iklan
Penilaian fasa satu vaksin Covivac melibatkan 120 sukarelawan pada 15 Mac lalu menunjukkan hasil amat memberangsangkan. (Gambar hiasan)

HANOI - Vaksin kedua keluaran Vietnam, Covivac, kini memulakan ujian klinikal fasa dua dengan memilih sukarelawan berkelayakan, di wilayah Vu Thu wilayah Thai Binh pada Rabu, lapor Agensi Berita Vietnam.

Ujian saringan dilakukan selama enam hari, dan suntikan dos pertama akan dilakukan pada 18 Ogos.

Iklan
Iklan

Seramai 375 sukarelawan yang terpilih daripada 750 penduduk tempatan di daerah Vu Thu, akan dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu dos 3mcg, 6mcg serta suntikan vaksin AstraZeneca.

Menurut Jawatankuasa Etika bahagian Penyelidikan Bioperubatan, Kementerian Kesihatan penilaian fasa satu Covivac melibatkan 120 sukarelawan pada 15 Mac lalu dan hasilnya amat memberangsangkan membolehkan ia diteruskan kepada fasa dua.

Iklan

Covivac adalah hasil penyelidikan bersama antara Universiti Perubatan Hanoi dan Institut Kebersihan dan Epidemiologi Negara (NIHE).

Vaksin tersebut menggunakan kultur sel embrio ayam - teknik yang digunakan institusi berkenaan sebelum ini bagi menghasilkan vaksin selesema bermusim.

Iklan

Pengarah pusat kajian klinikal NIHE, Profesor Madya, Dr. Vu Dinh Thiem berkata, sukarelawan terpilih mestilah berumur 18 tahun hingga 80 tahun, termasuk mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes tetapi menjalani rawatan berkala.

Sekiranya fasa dua berjalan lancar, pasukan penyelidik akan mengumpul sampel darah sukarelawan pada hari ke-42 vaksinasi iaitu akhir September.

Pada hari ke-57, para sukarelawan akan terus menjalani pemeriksaan fizikal serta penilaian ujian darah dan analisis sebelum fasa ketiga melibatkan 1,000 sukarelawan dilaksanakan. - Bernama