TRW 'raja' di Kelantan

Iklan
Nurshamil (tengah) meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan pada aksi menentang Kelantan United FC. - Foto: Ihsan KUFC

PASUKAN The Red Warriors (TRW) layak ditabalkan sebagai 'raja' apabila sekali lagi bejaya menumpaskan Kelantan United FC 3-1 dalam saingan Liga Primier di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Rabu.

TRW yang turun dengan misi mencari kemenangan, bagaimanapun terpaksa berhempas pulas mengawal benteng pertahanan apabila Kelantan United melancarkan serangan bertali arus selain bijak mendominasi perlawanan.

Iklan
Iklan

Benteng pertahanan tuan rumah nyaris dibolosi pada seawal minit ke-10 permainan menerusi tandukan deras permain pertahanan Kelantan United FC, Mohamad Hariz Kamarudin namun sekadar menggegarkan gawang gol Kelantan FC.

Peluang pelawat untuk berada di depan sekali lagi hadir pada minit ke-33 menerusi penyerang import kelahiran Gambia, bagaimanapun Gassama Alfusainey gagal memanfaatkan peluang keemasa apabila kuisannya berjaya diselamatkan penjaga gawang Kelantan FC, Mohd Farizal Harun.

Iklan

Keghairahan skuad kendalian Nazrulerwan Makmor dalam memburu jaringan akhirnya dihukum oleh pemain tuan rumah apabila Nurshamil Abd Ghani berjaya menamatkan kebuntuan gol untuk meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-38 dan jaringan itu kekal sehingga membawa permainan ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, kem tuan rumah bermula garang apabila berjaya menjarakkan desfisit gol untuk kedudukan 2-0 menerusi jaringan pemain import dari Indonesia, Natanael Ringo pada minit ke-46.

Iklan

Tiga minit berselang, Gassama kembali merapatkan jurang kedudukan 1-2 selepas bijak memanfaatkan hantaran rakan sepasukan sekali gus menewaskan Mohd Farizal.

Pelawat yang cuba untuk mencari jaringan penyamaan bagaimana terhukum apabila ayam tambatan Kelantan FC, Natanael sekali lagi membuktikan kemampuannya di depan pintu gol pelawat dengan meledakkan gol kedua peribadinya pada minit ke-59 untuk kedudukan 3-1 buat tuan rumah.

Usaha kem pelawat untuk menggugat 'mental' pemain Kelantan FC dengan asakan bertali arus bagaimanapun berjaya dikekang benteng pertahanan tuan rumah dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan tuan rumah berjaya menamatkan badi tiga kekalahan berturut-turut selepas tumbang kepada PDRM FC, Terengganu II FC dan Sarawak United FC.