Muhyiddin tiba di kediaman pada jam 7.49 malam

Iklan
Kenderaan yang membawa Muhyiddin ke kediamannya di Bukit Damansara.

KUALA LUMPUR - Kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi beberapa kereta dan motosikal polis dilihat memasuki kawasan kediamannya di Bukit Damansara pada jam 7.49 malam ini.

Ia susulan selepas dua jam beliau dan pemimpin parti Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan di bangunan Perdana Putra.

Iklan
Iklan

Difahamkan, lebih 10 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul sejak jam 2 petang bagi membuat liputan dan situasi semasa di kawasan perumahan beliau.

Pada jam 4 petang Rabu, kenderaan yang membawa pemimpin politik komponen PN mulai memasuki bangunan Perdana Putra.

Iklan

Antara yang dikenal pasti hadir adalah Setiausaha Agong PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Pertemuan itu difahamkan bagi memeterai konsensus untuk mengekalkan sokongan terhadap Muhyiddin yang juga Pengerusi PN.

Iklan

Awal pagi ini, tular mesej pertemuan Muhyiddin bersama ketua parti PN yang dijadualkan jam 5 petang.

PN dianggotai oleh Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Maju Sabah (SAPP) selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

MCA dan MIC menyertai gabungan itu menerusi Barisan Nasional (BN) dijangka turut menghadiri perjumpaan itu.