Pragtisme di dalam sinergi pekerjaan-kehidupan

Iklan

MENGAMALKAN sinergi pekerjaan-kehidupan adalah sangat penting untuk mencapai gaya hidup yang sihat dan berkualiti.

Ianya harus dilihat di dalam konteks meningkatkan tanggungjawab dari hari ke hari kerana masih ramai yang berusaha untuk mengimbangi antara kehidupan berkeluarga dan profesional.

Iklan
Iklan

Apabila banyak syarikat dan institusi yang mengamalkan polisi"Work From Home (WFH)” pada masa kini untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, maka akan terdapat juga beberapa cabaran yang datang bersamanya.

Pengagihan kerja juga telah mendatangkan tekanan dan mengurangkan produktiviti apabila garis batas di antara pekerjaan dan kehidupan menjadi semakin pudar dan terwujudnya satu hubungan 24/7 yang berterusan.

Iklan

Sesetengah pekerja berusaha untuk melawan situasi tersebut dan menjadi bertambah produktif atau berdisiplin berbanding dengan yang lain.

Walau bagaimanapun, pengurusan yang lemah bagi sesuatu sinergi boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif yang boleh menjejaskan orang ramai secara fizikal dan mental.

Iklan

Antara contoh-contoh implikasi negatif adalah seperti tekanan, hilang daya dan tenaga, alam perkahwinan yang tidak bahagia, dan juga isu-isu kesihatan mental yang lain.

Oleh itu, ianya penting bagi kita untuk mengamalkan perubahan yang sihat dan beberapa amalan yang diperlukan untuk membantu kita supaya lebih fokus dan mempunyai sinergi pekerjaan-kehidupan yang lebih efektif.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu mereka mengimbangi pengurusan sinergi pekerjaan-kehidupan:

• Mengatur dan mencatat semua kerja yang perlu dilakukan dan diselesaikan

• Memberi keutamaan kepada kerja-kerja yang dicatat bergantung kepada kepentingan dan kesukaran sesuatu kerja tersebut

• Menganalisis halangan atau cabaran dan belajar daripada keputusan lemah yang dibuat sebelum ini

• Mengenalpasti sistem sokongan di sekeliling anda seperti keluarga, rakan-rakan dan sumber yang tersedia

• Mengamalkan pengurusan masa yang sistematik untuk mencapai matlamat

• Memastikan keadaan diri sihat secara fizikal dan juga mental

• Menyucikan jiwa dengan beribadah ataupun bermeditasi

Kepentingan menguruskan sinergi pekerjaan-kehidupan tidak boleh diambil mudah.

Keberkesanan pengurusan yang berjaya boleh membantu kita di dalam menyelaraskan kekuatan sendiri dari segi aspek peribadi dan juga profesional secara efisyen.

* Sr. Dr. Maszuwita Abdul Wahab ialah Senior Lecturer, PPPHT, UITM & Shariffullah Abdul Majeed ialah Partner Lee Hishammuddin Allen & Gledhill