KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad (STMI) pada Khamis meminta rakyat Malaysia yang terkandas di Pakistan susulan penutupan ruang udara negara itu, segera menghubungi pihak STMI.
Dalam pengumuman di laman Facebooknya hari ini, STMI meminta rakyat Malaysia menghubungi pegawai bertugas di talian +923000808549.