Bayi berat hampir sama dengan epal dibenarkan keluar hospital

Iklan
Kwek Yu Xuan (tengah) akhirnya dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Nasional Singapura baru-baru ini setelah dilahirkan pada 9 Jun tahun lalu. - Foto NUS

SINGAPURA - Bayi tidak cukup bulan ketika dilahirkan pada 9 Jun 2020 dan beratnya hampir menyamai sebiji epal akhirnya dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Singapura baru-baru ini.

Ketika dilahirkan di Hospital Universiti Nasional Singapura (NUS), bayi itu, Kwek Yu Xuan seberat 212 gram dan hanya 24 sentimeter panjang, menurut akhbar The Straits Times.

Iklan
Iklan

Bayi perempuan itu dilahirkan ketika berada dalam kandungan ketika berumur enam bulan.

Dia dipercayai sebagai bayi paling kecil di dunia yang masih hidup.

Iklan

Menurut Pendaftaran Bayi Paling Kecil Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS), seorang bayi perempuan di AS memegang rekod sebagai yang terkecil di dunia apabila beratnya hanya 245 gram pada tahun 2018.

Dalam pada itu, Yu Xuan terpaksa berada di hospital selama 13 bulan untuk menjalani rawatan dan terpaksa bergantung dengan ventilator untuk bernafas kerana organnya tidak berfungsi sepenuhnya.

Iklan

Namun, apabila bayi itu dibenarkan keluar dari hospital, beratnya kini sudah mencecah 6.3 kilogram, lapor akhbar tersebut.

Ibu Yu Xuan melahirkannya dengan kaedah pembedahan tiga bulan lebih awal ekoran masalah pra-eklampsia iaitu masalah yang dihadapinya ketika hamil.

Keluarga bayi itu dapat membayar kosnya di hospital menerusi kempen yang berjaya mengumpulkan wang sebanyak S$366,884 (RM1.14 juta). - Agensi