KUALA LUMPUR - Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 204.4 juta kes selepas lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 36 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 32 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.2 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia dan United Kingdom.
Sementara Turki dan Argentina melebihi 5 juta kes, Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 3.7 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.6 juta.
Malaysia pula 1.29 juta kes, manakala Thailand 800,000 dan Singapura merekodkan lebih 65,000 kes.