Terpedaya komisen tinggi, pereka dalaman rugi lebih RM36,000

Iklan
Gambar kecil: Mohd Wazir

KUANTAN - Seorang pereka dalaman di sebuah daerah kerugian RM36,496 setelah ditipu seorang lelaki dikenali sebagai Michelle yang menawarkan pembayaran komisen tinggi menjual barangan menerusi media sosial pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 27 tahun telah dijanjikan komisen sebanyak lima peratus bagi setiap tugasan penjualan barangan yang berjaya diselesaikan.

Iklan
Iklan

"Selepas dimaklumkan perkara itu, mangsa bersetuju untuk menjadi ejen jualan Goshop dan perlu membuat pembayaran bagi pembelian barangan terlebih dahulu.

"Pada pagi Rabu, mangsa membuat tujuh kali pemindahan wang yang berjumlah

Iklan

RM36,496.95 ke dalam dua akaun berbeza bagi mendapatkan komisen," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun Mohd Wazir menjelaskan, mangsa tidak menerima sebarang komisen daripada suspek.

Iklan

Tambah beliau, setelah mangsa merasakan dirinya telah ditipu, dia tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub pada petang Rabu.

"Modus operandi digunakan suspek dengan menawarkan pekerjaan yang tidak wujud dilaman Facebook sehingga mendorong mangsa memasukkan wang dan mengalami kerugian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun selain sebatan dan denda," katanya.