'Chelsea hanya bagus 30 minit pertama'

Iklan
Penyerang Villarreal, Boulaye Dia (kanan) cuba mencabar bola daripada pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger dalam perlawanan Liga Super UEFA.

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel kurang berpuas hati dengan persembahan para pemainnya walaupun berjaya memenangi Piala Super UEFA menewaskan Villarreal 6-5 menerusi penalti selepas seri 1-1 di Windsor Park pada awal pagi Selasa.

Menurutnya, The Blues hanya bagus pada 30 minit pertama perlawanan menyaksikan pasukan itu mendahului sebelum Villarreal mengambil alih perlawanan sekali gus berjaya menyamakan kedudukan.

Iklan
Iklan

"Perlawanan ini amat sukar. Kami sangat kuat pada 30 minit pertama.

Kemudian kami kehilangan rentak setelah berjaya menjaringkan gol.

Iklan

"Mereka (Villarreal) layak mendapatkan gol penyamaan. Kami mula bangkit kembali ketika masa tambahan dan memberikan banyak masalah kepada lawan dan sudah tentu kami layak menang," katanya.

Dalam perlawanan itu, Hakim Ziyech membuka tirai jaringan buat Chelsea pada minit ke-27 sebelum disamakan Gerard Moreno pada minit ke-73 untukj memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

Iklan

Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga menjadi wira pada penentuan sepakan penalti walaupun hanya dimasukkan pada lewat permainan tambahan masa oleh Thomas Tuchel.

"Ia bukanlah aksi spontan untuk membawa masuk Kepa.

Kepa memiliki peratusan terbaik menyelamatkan penalti berdasarakan analisis dan jurulatih penjaga gol menunjukkan saya data mengenai Kepa.

"Kami bercakap dengan pemain dan ini boleh berlaku apabila kami bermain dalam saingan kalah mati.

"Ada bukti bahawa Kepa lebih baik dalam menyelamatkan penalti. Edouard tidak menunjukkan rasa kecewa keluar dari padang dan ia sesuatu yang bagus untuk semangat pasukan," katanya.