Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

Iklan

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM36.36 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.03 bilion dalam dana Islam.

Iklan
Iklan

Bank pusat akan mengendalikan empat tender pasaran wang konvensional masing-masing bernilai RM1 bilion selama tujuh hari, 14 hari, 21 hari dan 32 hari.

Ia juga akan mengadakan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM4 bilion selama tujuh hingga 32 hari, tender repo RM200 juta selama 32 hari serta tender repo berbalik bernilai RM210 juta selama 32 hari.

Iklan

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM31.6 bilion dan tender semalaman Murabahah RM15.0 bilion. -Bernama

Iklan