'Tentera Pakistan layan saya dengan baik'

Iklan
Juruterbang terbabit diberi layanan mengikut norma etika ketenteraan.

ISLAMABAD - PAKISTAN. Juruterbang pesawat India yang ditembak jatuh dan diserang kumpulan penduduk telah menjadi sensasi di media sosial selain diangkat sebagai hero di tanah airnya di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak antara kedua-dua negara kuasa nuklear itu.

Penduduk kampung di Pakistan turut merakamkan insiden ketika juruterbang itu ditangkap, semalam yang mana rakaman video itu kini telah menjadi tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Identiti juruterbang itu dikenal pasti oleh Islamabad sebagai Komander Sayap, Abhi Nandan dan kini digelar sebagai wajah krisis Kashmir.

New Delhi bagaimanapun tidak mengesahkan identitinya, namun media di negara itu mendedahkan namanya sebagai Abhinandan Varthaman.

Iklan

Menerusi satu rakaman dimuat naik di media sosial, seorang tentera Pakistan dilihat cuba melindungi juruterbang itu daripada diserang penduduk kampung yang berang di sebuah perkampungan di wilayah Kashmir.

Kedengaran anggota tentera itu menjerit 'sudah cukup!" ketika kumpulan penduduk itu memukul juruterbang terbabit yang berlumuran darah.

Iklan

Dalam satu lagi rakaman video yang dimuat naik di Twitter oleh Kementerian Maklumat Pakistan, juruterbang tersebut yang diikat matanya mendedahkan namanya selain turut meminta sedikit air untuk diminum.

Sebuah lagi video pula menunjukkan juruterbang tersebut dalam keadaan lebih relaks tanpa matanya diikat sambil memegang secawan teh dan turut mengucapkan terima kasih kepada tentera Pakistan.

"Tentera Pakistan telah melayan saya dengan baik. Mereka benar-benar gentleman," katanya.

Sementara itu, jurucakap tentera Pakistan, Asif Ghafoor yang berkongsi gambar juruterbang terbabit mengesahkan dia diberi layanan mengikut norma etika ketenteraan selepas India menyelar Islamabad kerana mendedahkan rakaman tersebut.

Selepas kerajaan Pakistan mendedahkan foto juruterbang terbabit, platform media sosial seperti Facebook, WhatsApp dibanjiri video dan gambar lamanya selain pengguna Twitter memuji layanan baik diberikan Islamabad terhadapnya.

Dalam perkembangan berkaitan, India telah meminta Pakistan membebaskan juruterbang terbabit dan pengguna media sosial turut menggunakan hashtag #BringBackAbhinandan yang menuntut pembebasannya. - Reuters