Gadis cari keluarga bapa jadi wali

Iklan
Anuar Che Yob

HULU TERENGGANU - Seorang gadis yang bakal berkahwin pada 30 Ogos ini memohon bantuan orang ramai mencari keluarga arwah bapanya untuk menjadi wali pernikahan.

Putri Aishah Anuar, dari Kampung Batu 23, di sini berkata, bapanya, Anuar Che Yob telah meninggal dunia pada tahun 2018 dan dia sekeluarga tidak mengenali keluarga kandung Allahyarham.

Iklan
Iklan

"Ayah yang berasal dari Kubang Kerian, Jeli, Kelantan meninggal dunia di Kampung Batu 23 dan kami tidak tahu siapa waris sebenar ayah kerana tidak pernah berhubung,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang mengenali keluarga kandung arwah bapanya dapat menghubunginya melalui talian 0139420298 bagi melancarkan urusan perkahwinannya,” katanya.

Iklan
Iklan